Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya:
Apabila manusia meninggal dunia terputuslah pahala amalannya kecuali daripada tiga sumber: Sedekah yang berterusan faedahnya, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang berdoa kepadanya. – (HR Muslim)
Program ini bertujuan bagi menggantikan Al-Quran yang telah rosak atau lusuh di mana-mana pusat yang memerlukan khususnya tahfiz dan madrasah. Kami membuka peluang untuk orang ramai sama-sama bantu mereka di luar sana melalui program wakaf jual beli yang kami anjurkan agar dapat sama-sama kita peroleh manfaat bersama.
InSha Allah dapat bantu memudahkan urusan pembelajaran mereka dan dalam masa yang sama menerima ganjaran pahala dengan Al-Quran yang kita wakafkan InSha Allah.