Al-Quran Rasm Uthmani Al-Ghufran

Kelebihan Al-Quran Al-Ghufran

Al-Quran Rasm Uthmani yang diberi nama “Al-Ghufran” (Keampunan) merupakan satu panduan waqaf (memberhentikan bacaan) dan ibtida’ (memulakan bacaan) yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama seumpamanya di dunia.

Terdapat beberapa kelebihan Al-Ghufran ini yang mampu menarik minat untuk kita terus membaca dan mengamalkan Ilmu Al-Quran karana Al-Quran Al-Ghufran ini dilengkapi dengan Terjemahan Ayat & Keterangan Ayat ( Tafsir ). Tidak cukup dengan itu, Al-Hadith & Asbabul Nuzul jugak dapat membantu kita untuk mengetahui peristiwa atau sebab mengapa Allah s.w.t menurunkan ayat Al-Quran.

 WAKAF IBTIDA’ 

Wakaf ialah berhenti Ibtida’ ialah bermula. Tujuan utama Wakaf Ibtida’ ialah sebagai panduan bagi mereka yang tidak cukup nafas ketika mengaji ayat Al-Quran yang panjang dan berhenti sesuka hati. Kalau salah berhenti, akan menyebabkan menukar maksud ayat Al-Quran dan hukumbya BERDOSA.

 MERAH 

Bagi ayat bewarna merah, pembaca boleh memberhentikan bacaan (Waqaf) di akahir perkataan yang bewarna merah dan memulakan semula bacaan (Ibtida’) di awal perkataan yang bewarna merah.

 HIJAU 

Ayat berwarna hijau selalunya terletak di hujung ayat yang berwarna merah, pembaca boleh berhenti (waqaf) pada akhir perkataan yang berwarna hijau dan memulakan semula (meneruskan) bacaan di awal perkataan yang berwarna hijau dan tidak perlua mula di awal perkataan berwarna merah.

 BIRU 

Memulakan semula (meneruskan) bacaan pada perkataan selepasnya dan tidak perlu mengulang kembali perkataan yang berwarna biru.